twitter
rss


Firman Allah yang bermaksud:
1.      ‘Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah SWT ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya’. (Ali-‘Imraan: 19)
2.      ‘Patutkah mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada dilangit dan dibumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNyalah mereka dikembalikan’. (Ali-‘Imraan:83)
3.      ‘Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan pada hari Akhirat kelak dari orang yang rugi’. (Ali’Imraan:85)
4.      ‘Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi mu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi ugamamu’. ( Surah Al-Maidah:3)
5.      ‘Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu’. (Adz-Dzaariyaat:56)
6.      ‘Dan jika engkau menurut kebanyakan orang di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta”. (Al-An’aam:116)